Being positive
11/03/2011 05:27:00 PMDia, jaga dan pelihara aku.
Pagi
,
Bila anak nangis di tengah malam/awal pagi
Dia bangun, pujuk-pujuk bayi kecil, lihat aku kemudian berharap aku bangun lihatkan apa bayi kami mahu, hee sebab bila dia pujuk bayi masih menangis.
Tapi kadang-kadang bila dia terlalu penat, tak adanya dia sedar. Huhu
Paginya juga, dia akan tukar lampin bayi kami, bermain, bercakap-cakap dan gurau senda. Sejuk hati.
Paginya juga panaskan air untuk aku mandi,
Paginya juga akan tolong sidai kain.
Paginya juga akan angkutkan segala barang.
Paginya juga akan tanya mahu sarapan apa?
Paginya juga akan pastikan semua cukup sebelum pergi kerja.
Tapi tengahari-petang; kadang-kadang ke jarang-jarang bertanya kamu dua beranak.
Mungkin cara dia begitu, mungkinlah.
Tapi sebelum kahwin, bukan main lagi bersms. Tanya makan apa, sihat ke apa, buat apa, apa-apalah!
Sampai sebelum magrib,
Disapanya bayi kamu dahulu,
Kadang-kadang bermain-main dengan bayi dahulu.
Sampai saja di taman rumah,
Dia tanya lagi mahu makan apa?
Dia tanya setiap pagi nak makan apa?
Sampai rumah bila bayi menangis,
Dia sediakan hidangan,
Dia angkat kain,
Dia bergurau senda lagi dengan bayi atau tukarkan lampin,
Dia duduk pangku bayi bersama hIdangan berita,
Dia picitkan mana-mana yang sakit dan lenguh.
Dia rendamkan kain untuk dibasuh,
Dia basuhkan juga kain baju,
Jadi, sekarang kamu tanya diri sendiri. Sikit saja kurangnya kan? Jangan samakan apa yang kamu dapat dahulu. Ambillah segalanya, syukurilah semuanya.
Ya Allah, permudahkan segala urusan kami suami isteri.
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network







